Sattama: Eksperimental Dalam Mengeksplorasi Diri
S attama atau nama sebetulnya adalah Satria Utama, berasal dari Kota Kinabalu dan kini menetap di Kuala Lumpur. Beliau sangat berbakat dalam bidang muzik dan seni. Pertama kali aku jumpa Satria atau lebih senang dipanggil dengan nama ringkasnya "SAT" sewaktu membuka POP-UP Galeri di Publika Solaris Dutamas pada tahun 2013 kalau tak salah. Orangnya agak kecil, tinggi dan mudah mesra. Seorang yang cepat belajar dan suka mencuba eksplorasi subjek baru dalam seni. Dalam seni muzik beliau memang handal bermain Ukelele. Pertama kali aku melihat lakaran dan karya-karya yang dihasilkan, pada pemerhatian aku beliau memang seorang yang berbakat, kalau diasah bakatnya lebih lagi tentu dia akan menjadi lebih bagus. Banyak karya-karyanya lebih nampak kepada karya dalam proses pengeksplorasian dalam mencari identiti diri. Kadang-kadang aku fikir, dulu akupun macam tu juga, suka melukis pelbagai, mengikut kesukaan hati, seronok eh. Tapi apa yang lebih penting proses pembikinan tersebut me...