Sattama: Eksperimental Dalam Mengeksplorasi Diri

Pertama kali aku melihat lakaran dan karya-karya yang dihasilkan, pada pemerhatian aku beliau memang seorang yang berbakat, kalau diasah bakatnya lebih lagi tentu dia akan menjadi lebih bagus. Banyak karya-karyanya lebih nampak kepada karya dalam proses pengeksplorasian dalam mencari identiti diri. Kadang-kadang aku fikir, dulu akupun macam tu juga, suka melukis pelbagai, mengikut kesukaan hati, seronok eh. Tapi apa yang lebih penting proses pembikinan tersebut merupakan suatu proses pembelajaran yang tak ternilaikan, kerana.. setiap proses itu adalah bentuk eksperimental.
![]() |
Lakaran Sattama 2014 |
Kalau dia buat lakaran detail memang best, rajin dan tekun tapi makan berhari-hari (sepertimana yang diberitahu oleh Sat sendiri).
Lakaran yang dihasilkan Sat banyak menjurus mirip tumor bentuk seperti makhluk ngeri yang mungkin akan menakutkan orang kalau nyata dihadapan. Bentuk separuh makhluk asing separuh manusia seperti kacukan/mutan ini sering muncul dilakaran-lakaran dia. Bayangan bentuk yang dilakar nampak spontan dan bersahaja tapi tersusun seperti makhluk (rekaan dia)
![]() |
"Tangan yang terbuka ini...Nanti sampai saatnya, Saat kau memerlukannya, Capailah, Gapailah, Ia sentiasa... terbuka.": Sattama 2014 |
Pemerhatian aku lagi kadang-kadang karya yang dihasilkan dia lebih kepada pengaruh keadaan sekeliling, persekitaran, tempat dan rakan-rakan terdekat, impak yang lebih ternampakkan di setiap penghasilan karyanya adalah dari situasi ataupun emosi diri dia. Kalau dia beremosi sedih, kecewa ataupun tertekan, karya yang dihasilkan tampak berbeza dengan karya sewaktu dia berada di dalam keadaan gembira (Hanya sekadar pemerhatian..)
![]() |
"Sometimes even the right is wrong" 2014 dalam bahasanya bermaksud "Kadang-kadang apa yang benar itu adalah salah" |
Apa yang dimaksudkan dengan "Kadang-kadang apa yang benar itu adalah salah" pada pandangan aku, mungkin ini tentang perihal perlakuan, sikap atau perbuatan manusia kerana kadang-kadang ada manusia yang melakukan perkara yang betul tapi pada pandangan umumnya perkara tersebut adalah salah munkin kerana sistem ataupun manusia itu sudah dididik dari zaman terdahulu untuk melihat perkara yang benar itu seperti salah adanya.
Comments