Pelukis Malaysia : Latif Maulan
The making of "my Life is Brilliance..."on progress (the 12th painting for my solo exhibition)
Karya yang saya hasilkan disini merupakan titik perubahan yang begitu ketara sekali dalam pembabitan kerjaya saya sebagai pelukis sepenuh masa selama 9 tahun, jika sebelum ini saya melukis karya-karya alam flora seperti bunga-bungaan dan juga buah-buahan dalam bentuk still life kini saya cuba menghasilkan sesuatu yang berbeza, pemilihan subjek bukan sahaja terletak pada keindahan pemandangan mata saya tapi berkisarkan tentang kehidupan dan juga persekitaran sekeliling sama ada dalam atau pun luar negara.
Apa yang saya cuba tampilkan adalah situasi sebenar dalam kehidupan manusia.
Saya cuba mengaitkan tentang impian dalam kehidupan manusia. gambaran pengemis yang tergolong dalam golongan minoriti digambarkan dalam karya yang berlatarbelakangkan dinding gudang yang besar dengan pelbagai iklan yang berunsurkan materialistik.
Dari segi Ide: Unsur-unsur materialistik yang digambarkan melalui iklan-iklan menunjukkan tentang impian pada kebanyakan manusia hari ini.
Iklan seperti pajakan , dari agensi pelancongan , pinjaman duit dan iklan kecantikan dapat dilihat dalam karya yang unsurnya berlawanan dengan imej figura pengemis yang sedang tidur dibawahnya yang mana pemerhati sendiri tidak tahu tentang pemasalahan yang dihadapi oleh figura tersebut dan sekiranya difikirkan secara logiknya, dia adalah sebahagian daripada masyarakat yang juga punyai perasaan ke arah keselesaan, kemewahan yang boleh digambarkan seperti iklan diatasnya, tetapi kemampuan materialistik membataskan segalanya
For biography and portfolio you can visit latif Maulan official site at
https://plus.google.com/+LatifMaulan
https://plus.google.com/+LatifmaulanBlogspotArt
https://www.youtube.com/user/alam74
Comments