pelukis malaysia: Abu Seman Awang Besar
Lukisan cat air oleh Pak Abu: Portrait of A Coconut Tree
Watercolour on watercolour paper Semasa menjadi fasilitator Bina Insan Guru di Gua Gendang, Pengkalan Hulu, Perak beberapa tahun lepas Pak Abu bawa kamera (Pak Abu bawa kamera ke mana saja dan bila-bila masa saja). Dalam banyak-banyak tumbuhan yang Pak Abu ambil fotonya termasuklah pokok kelapa ni. "Ada ke pulak engkau ambik gambar pokok kelapa. Nak buat apa?" tanya kawan Pak Abu. Macam dikatakan sebelum ini lanskap Pak Abu sudah berubah. Secara biologi lukisan ini memperincikan cerita sepohon pokok kelapa.

Artwork Medium?
Oil Painting , Watercolour , Pastel , Pen/Ink
Artwork Style?
Realism
Full Name?
Abu Seman Awang Besar
About Me?
Saya lahir pada tahun pada tahun 1952. Sudah melukis sebagai hobi semenjak kecil. Tahun 50an orang kampung masih buang air besar dalam semak terutama kanak-kanak. Sekali saya masuk semak saya pasti lambat keluar sebab saya suka melihat binatang, pokok dan apa saja dalam semak. Balik ke rumah saya akan melukisnya dengan pensel atas kertas yang saya curi dari buku abang saya. Saya tidak belajar melukis secara formal.
Hanya pada awal 1980an saya mula belajar dari kawan-kawan saya yang terdiri dari pelukis-pelukis cat air terkenal Kelantan seperti Cikgu Mokhtar Abdullah, Ismail Mat Hussin dan Cikgu Zakaria Abdullah. Saya seorang guru matematik di sebuah sekolah menengah kerajaan. Di samping itu saya juga mengajar mata pelajaran pendidikan seni. Untuk menambah pengetahuan saya menyambung pelajaran dalam bidang pendidikan seni visual di Institut Perguruan Ilmu Khas Kuala lumpur selama satu tahun pada tahun 1990.
Namun ia tidaklah membantu dalam meningkatkkan kemahiran saya dalam teknik-teknik melukis. Saya boleh dikatakan self-taught. Pada tahun 1980an saya mula melanggan majalah seni lukis dari Amerika Syarikat iaitu The Artist dan American Artist. Majalah-majalah ini banyak membantu saya dalam memperbaiki kemahiran saya.
Selain itu saya banyak membaca buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik melukis. Dari situ saya memperbaiki kemahiran saya dalam penggunaan bahan dan alat. Apa pun perjalan saya masih jauh dalam bidang ini. Oleh itu komen-komen dari rakan artis sangat saya perlukan dan saya hormati. Kini saya bertugas sebagai pensyarah (attach ke bahagian grafik) di sebuah institut perguruan di Semenanjung.
Sebagai pegawai kerajaan ruang masa untuk saya aktif sangat terhad. Saya pernah menjawat sebagai Penolong Setiausaha Persatuan Seni Lukis Kelantan (PESENI) pada penghujung tahun 1980an. Masa itu juga saya diberi peluang oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan untuk mengajar seni lukis untuk orang-orang dewasa pada setiap hari Khamis.
Comments